Wednesday, February 24, 2010

Contest seiras wajah...musim kedua kategori ibu dan anak...

Takkan abahnyer aja muka sama cam anak kan..mak nyer sama gak..Actually seblom ni entry ni digabungkan..So atas permintaan ummiabiqis..So aku buat 2 entry..yg ni adalah untuk kategori



Sila klik sini utk keterangan lanjut tentang peraduan ini

http://mayaqarmyla.blogspot.com/2010/01/contest-seiras-wajah-kembali.html



So gambar yg dipertaruhkan untuk kategori



ibu dan anak



Nama baby: Nur Batrisyia Balqis
Nama manja: Batrisyia
Nama Ibu: Rosmaria
Panggilan: Mak
Umur: 1 tahun 7 bulan
Tarikh lahir: 27 jun 2008 @1.30tghr


Persaman antara ibu dan anak adalah dari segi warna kulit, kekurang mancungan hidung, bentuk muka dan esp jantina...huhuhu..gurau jer..Dari segi perangai lak adalar macam mak dia sket kuat merajuk...

Tuesday, February 23, 2010

Wajah2 batrisyia bercuti di Port dickson

*Keterangan lanjut sila lihat blog aku yg lagi satu http://mylovelyfamily-fahmar169.blogspot.com/2010/02/berpoya-poya-di-pantai-port-dickson.html

Seblom nak gerak gi PD..baju nih aku baru beli kat Alamanda..

Sampai pantai jer terus tido


Makan tghari kat kedai wadi


kat ruang tamu Apartment



Petang lepas mandi kolam aku bawak dia main kat taman..anakku sgt kuat memanjat



susah tul nak snap pic dia nih


aku tak bagi dia main gelongsor ni pasal takut tersekat kat dalam tu..cemana lak aku nak merangkak masuk amik dia nanti





masa nih dah tergaru2 dah..nyamuk kot




landing atas gelongsor..masuk nih dah pat blas kali aku turun naik kan dia kat gelongsor nih..menguruskan badan secara halus




masa gi dinner




Dia dah rimas dah masa nig..Spesies kuat berpeluh macam abahnyer..


Thursday, February 18, 2010

Contest

Salam semua..Selepas cuti yg agak panjang, aku kembali bersiaran..Smalam lak aku kena gi exam PTK..So arini ler baru masuk opis..Kepada sahabat handai sedara mara yg nak bagi support pada contest yg aku masuk..
Ini link nyer..

http://sweetpinkystuff.blogspot.com/2010/02/joint-contest-seiras-pandang.html

Kalo rajin, leh lar vote utk aku ngan hb
ada masa 7 hari utk vote mulai arini hingga 24 feb 2010..
akunyer no 012 dan hb 022...thanks for voting॥

Monday, February 8, 2010

Spiderman....

Skang batrisyia sgt suka memanjat..dah tak terkira brapa kali dah tergolek..

Bila ditegah dia still nak panjat jugak..yg terbaru dia dah boleh panjat meja..pastu siap eksen kat aku..nak lompat2 lagi..korang tgk jer la kelakuan dia kat bawah ni..


Dari meja tu dia akan lompat ke sofa sambil gelak2..suka sangat..

tengah menstabilkan kedudukan badan..

dia ready nak lompat tu


suka lar tu mak amik pic dia...




Wednesday, February 3, 2010

Basikal baru...

Kesian gak tengok si kecik ni kalo jupe basikal org lain..Sibuk jer dia nak naik..

Almaklumlah budak2 mana lar nak berkongsi..terkulat2 jer dia bila member jgn kan nak naik, usik pun tak boleh..

Atas rasa prihatin seorang ibu dan dasar kemanjaan seorang isteri, berjaya lar aku pujuk hb suh belikan sikecik ni basikal baru..

Disebabkan aku perasan busy, hb gi ngan fariez jer utk beli basikal...Dan bwk batrisyia skali utk elakkan dia kaco aku wat keje dan utk test tahap kebesaran basikal yg perlu dibeli...

Pesanan aku:

bang nanti belikan dia basikal yg kayuh kat depan tu


blakang dia ada 2 roda, pastu kaler pink ek..


dari kul 6 ptg terlantak sampai kul 8 dia mencari basikal..Atlast call aku, abg nyer payslip bln nih ada tak?

aku tanya dia kat mana? ada beli basikal tak?


dia kata dia kat senheng tgh survey notebook fariez...huhhuu..aduyai..tu ler dia kalo org lelaki gi shopping..


Kesudahannya kelain pegi nya..

Esoknya gaji, aku ajak hb gi Carrefour Alamanda...Aku terus jer gi tempat basikal budak2..Amik kaler pink harga dalam RM99.90..dah settle..hb bayarkan ...huhuhu...

Ni lar dia basikal nyer...

Dia tak pandai kayuh lagi..Sibbaik lar ada benda hijau tu leh lar letak kaki dia kat situ


Isi minyak dulu..

Bila ptg abis keje..sampai umah jer aku tukar baju then bawak batrisyia jalan2 keliling taman..


Masalahnya timbul bila dah nak balik..Masuk jer kawasan umah dia dah melalak2 tak mau turun..jadi satu keje lak aku nak pujuk dia..dia bukannya faham....dah masuk maghrib nak oi..Dah jom masuk esok main lagi yer...




LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...