Rasa macam baru semalam melahirkan dia..Batrisyia penyeri rumahtangga ku dan suami..
Puisi buat anakku Batrisyia..
Batrisyia..Permata hati ku
Batrisyia...
Hadirmu membawa 1001 erti dalam hidupku
gelak tawa mu penghias hariku
tangismu menyedarkan ku
yang dikau perlukan ku
Batrisyia
Setiap hari aku rindu
tak sabar pulang
untuk menatap wajahmu
melayan keletahmu
mendodoikan dirimu
Batrisyia
Daku doakan semoga
sihat selalu
jadi anak yang solehah
Agar hidupmu diberkati Allah
Ya Allah Ya tuhanku
Lindungilah anakku
Jadikanlah dia anak yang solehah
Menurut kata tanpa bantah
menjadi anak yang berguna untuk agamaMu
Batrisyia..
Ketahuilah bahawa mak sangat menyayangi mu
Selamanya..
Hasil nukilan: Mummy@15 Jan 2010.
No comments:
Post a Comment